AirAsia akan menggantung penerbangan 7x seminggu ke laluan Kota Kinabalu – Clark berkuat kuasa pada 1hb Februari 2013 sebagai sebahagian daripada rancangan Kumpulan AirAsia untuk menyelaraskan perniagaan dan memperkukuhkan operasinya dalam pasaran teras untuk tahun 2013. Para tetamu yang terjejas yang telah menempah penerbangan untuk laluan ini akan dimaklumkan oleh khidmat pelanggan kami mengenai pergantungannya serta pilihan pemulihan perkhidmatan yang ada.
Para tetamu yang terjejas akan ditawarkan salah SATU pilihan yang berikut:
- Mengubah penerbangan mereka ke tarikh yang lebih awal ke atau dari Kota Kinabalu/Clark tanpa sebarang bayaran tambahan (tertakluk kepada ketersediaan penerbangan)
- Ditawarkan shell kredit untuk nilai pembelian yang sah selama 3 bulan
- Pembayaran balik penuh
Tetamu yang mempunyai penerbangan sambungan pada AirAsia atau AirAsia X akan ditawarkan salah SATU pilihan yang berikut:
- Mengubah penerbangan mereka ke sebarang penerbangan lain yang ada ke/dari destinasi sambungan asal mereka
- Ditawarkan shell kredit untuk nilai pembelian yang sah selama 3 bulan
- Pembayaran balik penuh
Kami memohon maaf atas segala kesulitan yang timbul. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila hubungi AirAsia melalui platform media sosialnya di facebook.com/AirAsia atau twitter.com/AirAsia.



.jpg)